last entry for 2012

ini entry khas untuk tahun 2012 kerana tak lama lagi akan menjelang tahun baru.
tahun 2012 neh banyak kenangan nye. tak kira la pahit ke manis ke janji benda tuh tetap akan jadi kenangan untuk aku. cuma tahun 2012 neh aku rasa aku dah semakin matang mungkin. Mungkin la. hee :)
oleh kerana tahun 2013 bakal menjelma aku muhasabah diri aku sendiri untuk belajar menyimpan duet.
bukan nk ckp aku xpandai simpan duet. cuma aku xboleh ada duet dalam tangan mahupun dalam bank.
karang laju jer g jusco perabihkan duet. 
sriyesly aku mmg giler shopping. adek aku pun xtahan dgn kuat shopping aku neh sampaikan dia ugut kalau aku still xberubah sampai bile2 aku x akan kahwin. 
(konon nya xdek sape sanggup tanggung cost shopping aku).
tapi kalau nafsu aku tgh kuat nk shopping, aku sanggup jer tak kahwin. HAHAHA

lagi satu aku dah kena warning dgn org tuh suruh saving, tuh yg baru nk kelam buat budget 2013 neh. :P



btw. gambar official convo aku dah dapat da jumaat ari tuh. okey la. aku puas hati gak la. heee


neh aku xcrop or edit pape pun. amek yg ori dalam cd tuh jer.




LASTLY. thanks to korang semua yg selalu menyinggah, membaca, menengok adilahsyazwaniabdrazak.blogspot.com neh. aku mintak maaf la sebab sekarang aku makin jarang nk update entry. even dekat fb tuh dah mcm2 gambar aku upload. mungkin tahun 2013 aku akan merajinkan diri sendiri untuk update blog neh dengan resepi2 yg aku try sendiri. 

SELAMAT TAHUN BARU DAN JUMPA LAGI .

menu jumaat


hari nie nak buat sup tulang && ikan bakar.
well tuh menu fav family neh 
harap adik-adik di perantauan sila jeles yew.
:)

hawa nafsu



tittle nak panas jer. 
entry kali neh mmg ada sangkut paut dengan nafsu pon.
tapi.. tapi. bukan nafsu tuh la. neh nafsu nak bershopping neh.
nafsu aku mmg sangat tinggi untuk benda neh. tapi kan boleh dikatakan aku lebih bernafsu dengan heels and hanbags.
pantang nampak. conform laju jer tangan nk keluarkan debit card and swap.
 lagi-lagi kalau meronda dekat FOS && JUSCO. balik tak pernah tangan kosong la.

cuma untuk sementara waktu neh kena tahan diri dari duk swap2 kad. T__T 

puncanya.

 satu. dah kena sound dengan adik-adik sebab bilik dah penuh dengan barang aku sorang jer. 
dua. dah kena sound dengan si buah hati. dia suruh buat saving untuk masa depan.
tiga. banyak benda yang jadi dalam bulan nie. so aku kena cover balik semua tuh sampai normal balik.

peningnya. sebab tak dapat shopping :(


p/s:: dalam duk menahan diri neh sempat lagi aim barang-barang yang nk di beli bile keadaan dah kembali stabil. heee teruk punya perangai!

december story

even baru masuk awal bulan tapi aku dah ada memory yg tak best.
entah macam mana phone aku boleh hilang pulak masa picnic ari tuh.
sekarang dah susah nk contact orang.  memang lah nombor tuh aku dah buat baru. 
tp nak kena cr phone pulak sekarang neh. baru aim bulan 4 nanti aku nak beli 'SOMETHING'.
dah terpaksa hold dulu.  T__T


ouh. semalam aku buat paprik ayam thai. :)  tertiba rasa macam rindu kat paprik maksu aku tuh.
aku pon try la buat sendiri. Alhamdulillah jadi jugak. cuma kurang pedas lah. sbb adik-adik aku semua tak tahan pedas. aku jerr taksedar diri even perut aku neh sensitive.


kali neh gambar takde. sebab phone aku kan hilang. paprik thai nie lbh kurang jer dgn paprik sos. cuma dye tak pakai sos and kuah die colour kuning.nak tgk jugak. google la sendiri yew. heee



p/s: nak try buat laksa thai pulak. :) (laksa neh kuah dia warna hijau && pedas)

soalan lazim


tengah lepak-lepak atas katil td.
 tetiba dua org adik perempuan aku shoot aku dgn soalan yang aku rasa muak nak jawab. muak nak dgr. muak nak pikir.
mana xnye kalau dalam sehari tak tanya soalan tuh mmg xsah.

"kak, bile nak kawen nye. umur dah nak masuk 23."

aku rasa puas da aku nak menjawab. tp entah la. dorang neh rajin sgt nak menanye benda yang sama.

cuma tadi ape nta yang merasuk dowang. tak ada angin tak ada ribut suruh aku tunang dulu.
haissshh. kalau dorang yang nk sponsor dari A sampai Z takpe la jugak.
(even dorang da janji nak sponsor hantaran sorang satu) 
tp ingat senang ker bende neh semua 
dengan aku xkerja lagi. aset satu ape pun xdek lagi.
pasto syarat abah pulak suruh habis degree dulu baru dia bg permission untuk kawen..
dah la masing-masing demand tak nak buat kat rumah suruh buat kat dewan sebab semua malas nak kemas. pasto makan pulak suruh guna katering jer sbb taknak basuh pinggan. 
(tapi aku pun taknak jugak basuh kemas && kemas rumah lepas sepah2 tuh :P)
nampak tak sangat susah benda neh semua. && semua tuh pakai duit. bukan pakai air liur.

susah sangat aku bagi korang la kawen dulu. nak ??

p/s: aku rasa masing-masing excited kot sbb bulan neh ramai sedara aku yang dah kawen.


kenduri at felda keratong 3

seperti yang dijanjikan entry kali neh aku akan update kan wedding belah lelaki pulak. tema kali neh hijau.
masa neh dah divide kerja masing-masing.
aku dgn 2 lagi adik aku kena handle meja pengantin and goodies untuk belah pengantin perempuan.
majlis tuh memang meriah giler la sebab semua sedara aku yang belah kedah ada.

neh antara family kedah side yang ada.

bawah neh pulak gambar outdoor shooting dekat ladang kelapa sawit. :)




credit to A&Z photography :)


walimatul urus

sepanjang bulan november neh banyak betol dapat jemputan kahwin. tak kira dari kalangan family mahupun sehabat handai. tapi maaf lah kepada mereka yang aku tak sempat hadiri majlis korang. 
bukan sengaje tapi wedding korang tuh bertindih dgn wedding family yg duk jauh-jauh antara satu sama lain.
11 november 2012
wedding tok dik di tanah merah, kelantan






odw nak balik selangor sempat lagi menyinggah wedding anak jiran belakang dekat gua musang, kelantan.
lepas tuh terus balik ikut cameron highland. Feeling2 mcm tgh bercuti laa. 

gambar pengantin xdop la. sbb kteorg xrapat mane pun dgn pengantin tuh.
17 && 18 november 2012
wedding abg pijan && kak izah
indera mahkota, pahang.

malam akad nikah












hari  bersading belah perempuan


























asalnya nak pergi time kenduri 18 jer tp abg pijan kol2 abah suruh sampai before akad nikah. 
pe lagi masing2 terus gosok2 baju untuk majlis malam tuh && siap nk gerak kuantan.
nasib baik rumah dekat dgn genting. dah save mase kat situ. tp sriyesly adik aku bawak mcm formula 1 da.
alhamdulillah kiteorang selamat sampai before akad nikah tuh.


p/s: nantikan majlis belah lelaki pulak yerr. btw pengantin lelaki tuh abg sepupu aku. :) pengapit dye pulak abg sepupu plg hensem aku.

family dinner


sebenarnya aku baru balik dinner. mula-mula ingat nak dinner dengan siblings jer tp tetibe abah pon nak join sekali. satu family tapi gerak dengan 2 kereta. nampak tak permainan abah. last-last kteorg yg balik dulu. hehehe. :DD















birthday si kecik



masa 30 october hari tuh, aku dgn adik-adik yang lain plan birthday party untuk si bongsu.
seriously ini last minute punye plan. on that day jugak la gopoh-gopoh g kedai cari belon, cari hadiah, cari kek, cari yg letup-letup tuh. && on that day jugak gopoh-gopoh hias meja ,tiup belon, tampal tu, tampal neh.
yang paling membanggakan sekali semua kerja yg kiteorg buat iwan xtahu langsung. 
still boleh bayangkan lagi macam mana reaksi iwan mase kteorg semua jerit surprise kat dye.
terdiam sampai berair air mata sebab terharu :DD

untuk iwan, if satu hari nanti adik bace blog akak neh.
akak wish supaya iwan membesar dengan baik dan berjaya dalam life adik akak.
capai cita-cita iwan yang nak jadi pilot TUDM tuh. ingat pesan abah. jadi anak & adik yang baik dan soleh.
&& akak always doakan adik akak neh. 
sayang iwan sangat-sangat <3

AidilAdha 2012

tahun neh anak,cucu dan cicit  che hak berkumpul ramai-ramai dan tumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan. meriah tak meriah la kan. lepas sembelih jer, kaum lelaki sibuk melapah && potong daging. manakala kaum wanita pulak sibuk dibahagian dapur. nampak tak kerjasama kiteorg. tp mana yg tak menolong tuh. memang tak ada sivik la. da name aktiviti keluarga kan tp boleh pulak main lari-lari bile kena buat kerja.
SUNGGUH TAK ADA SIVIK
even ada manusia yang tak berapa nak semenggah tu tapi raya tahun neh sangat meriah. Sangat-sangat meriah okay. dengan ada sup tulang nye, daging goreng, daging bakar, air asam, kerabu perut cukup untuk buatkan semua orang teruja. hehe.
























gambar makcik kesayangan && kakak sepupu kesayangan aku tak boleh nak upload sebab masing2 freehair at tht time. 

&& malam before balik selangor abg sepupu request suruh buat rendang nak makan dengan ketupat tapi maaf la. memang tak mampu la. last2 dye request dessert pulak. bukan 1 tapi dua tiga jenis dessert yg dye request. siap sanggup g kedai malam2 cari barang yg aku mintak. :) malam tuh jugak aku bertungkus lumus siapkan koktail, triffle && dadih strawberry untuk abg sepupu tersayang  <3 gambar mmg xsempat la. belum apa-apa dah licin. 

p/s: calon bakal kakak sepupu baru kerja sebagai cikgu :) tak sabar nk tunggu dye naik pelamin.